Kadar Bayaran Upah Pengasuh Anak Terkini. Sesunguhnya, anak adalah anugerah istimewa yang tidak ternilai harganya dari Allah. Setiap pasangan suami isteri mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun, disebabkan kedua pasangan mempunyai kerjaya maka anak-anak terpaksa dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak untuk dijaga sementara habis kerja.
Menjaga anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ramai pengasuh sekarang mengenakan caj bayaran upah yang agak mahal. Ada yang mengikut jam penjagaan, ada juga yang mengenakan caj untuk bulanan.
Kadar Bayaran Upah Pengasuh Terkini/2018
Mengikut perkongsian dari Group Pengasuh facebook, dibawah ini adalah kadar bayaran pengasuh untuk tahun 2018. Walaubagaimanapun, kadar ini mungkin berbeza mengikut negeri atau kawasan di Malaysia.
Caj Bayaran Bagi Bayi Berusia 3 Bulan Hingga 4 Tahun
Bayaran dikira mengikut jam:
8 Jam : RM350
10 Jam: RM450
12 Jam : RM500
Kerja Shift (12 Jam) : RM550
Lebih Masa (OT) : RM5.00/jam
Caj Harian
Sehari : RM60 (12 Jam)
Separuh Hari : RM40 ( 8 Jam)
Transit Sekolah Rendah : RM150/Sebulan
Transit Tadika (12PM/5.50PM) : RM200/Sebulan
Caj Hari Cuti
Jumaat/Sabtu : RM70
Sabtu/Ahad : RM70
Cuti Umum : RM80
Caj Bermalam : RM100
Peluang Jana Pendapatan Dirumah Sebagai Pengasuh
Dengan keperluan yang mendesak seperti ini, ramai keluarga yang bercadang menghantar anak-anak mereka di pusat asuhan. Bagi anda yang suri rumah sepenuh masa, peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa terbaik adalah menjalankan perniagaan dari rumah saja.
Membuka pusat asuhan dirumah adalah sah disisi undang-undang sekiranya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk info lanjut mengenai Kursus Asuhan dan Cara Daftar Taska – Klik Sini
Kami akan kongsikan dengan anda bagaimana mendaftar dan membuat kira-kira modal membuka pusat asuhan/Taska pada artikel yang seterusnya nanti.
Stay Tune!
Advertisement
2 Comments
nampaknya ada anak kecil zaman sekarang kos sangat tinggi ..
namun inilah pelaung juga untuk bisnes mengasuh anak..
boleh sangat buat duit
Betul tuan Hanafi..nak ambil kursus dan modal pun x begitu membebankn, yg penting ada minat!
EmoticonEmoticon