Wanita Ini Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis. Ramai sangat yang berniaga sekarang ni. Ramai tapi tak semuanya berjaya dan bertahan lama. Ada yang gulung tikar awal sebab tiada kesungguhan dan ilmu dalam perniagaan yang mereka ceburi. Berniaga perlu ada minat, dan kesungguhan. Ilmu pula perlu dicari seawal bermulanya bisnes dan pengalaman itu dijadikan sebagai bekalan meneruskan perniagaan.
Inilah yang dilakukan oleh wanita yang pada mulanya
menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012. Ketika itu,
beliau masih lagi menuntut di sebuah IPT. Disitulah beliau memulakan perniagaan
menjual tudung dengan bermodalkan RM600 daripada pinjaman PTPTN pengajiannya.
Jana 4 Angka Ketika Masih Belajar Di IPT
Modal RM600 tersebut berjaya di ‘rolling’sehingga pendapatan
4 angka setiap bulan sewaktu beliau masih belajar.
Hasil kejayaan ini, Madihah Mustafha melihat bisnes tudung
ini mempunyai potensi yang sangat besar!
Yang menariknya, beliau hanya menggunakan platform Whatsapp
dan Facebook sahaja. Belum pun ada website kedai online tu !
Rahsia Konsisten Niaga Tudung Walaupun Banyak Persaingan
Betul, berniaga tudung ni berlambak boleh dapat di Facebook,
Instagram dan Wahtsapp. Tapi, anda perlukan Produk Killer! Itulah kunci utama
kejayaan bisnes tudung ni, kalau anda jual produk yang sama macam penjual lain,
persaingan sangat sengit dan susah nak dapat custumer.
Apabila buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk
killer. Produk inilah yang akan membezakan tudung-tudung penjual lain.
Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan jadi killer?
Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling
banyak jualannya. Selalunya dalam masa 3 bulan kita buat bisnes tudung ni, kita
dah tahu mana satu produk killer kita.
Diatas ni adalah produk killer beliau. Kalau bulan puasa,
waktu sahur tu juga customer sibuk whatsapp dan terus close order. Memang
tudung ni produk killer yang menjadikan perniagaan jual tudung konsisten
sehingga kini. Jualan? Boleh mencecah RM25K sebulan.
Buat Tudung Jenama Sendiri
Daripada kejayaan bisnes jual tudung ini, beliau telah mula
buat tudung sendiri jenama sendiri! So, bila dah jenama sendiri bolehlah letak
harga mahal sikit. Harga mestilah sama dengan kualiti kain.
Kini, MadihahScarf adalah jenama tudung yang telah Madihah
Mustafha bina sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung ini dengan orang lain
tentulah dari segi kualiti dan designnya. Dan, banyak lagi yang beliau nak
kongsikan sebenarnya…
Ebook Rahsia Bisnes Tudung
Pengasas MadihahScarf ini mahu membantu peniaga newbie dan
peniaga sedia ada tetapi tak tahu cara nak konsistenkan jualan mereka.
Saya tahu anda membaca sehingga sini kerana minat anda
terhadap bisnes jual tudung! Baca sampai habis ya..
Bila kita nak buat bisnes tudung ni, banyak juga benda yang
kita perlu tahu..antaranya..
- Di mana nak cari supplier?
- Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
- Kain jenis apa yang mahu digunakan?
- Mana nak cari tukang jahit?
- Berapa harga nak letak?
- Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
- Kat mana nak jual?
- Macam mana nak buat ayat iklan?
- Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!
Namun begitu, berita baiknya...
Dalam sibuk-sibuk beliau dengan menjual tudung ini. Pengasas
MadihahScarf ini telah menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman sepanjang
berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini..
Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih
sebulan... maka, akhirnya..... Terhasillah EBOOK DUO ini...
Atau klik sini...
Semoga bermanfaat...
Advertisement
EmoticonEmoticon